
Beberapa tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah seorang isteri yg diceraikan oleh suaminya kerana tak berdarah pd malam pertama perkahwinan mereka. Si suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya dan tidur dgn lelaki lain sebelum berkahwin. Berita ni amat menyedihkan kerana cinta yg mereka bina selama ni hancur musnah kerana sikap tak berfikir panjang si suami.
Tapi kisah ni tak seburuk berita berita yg aku dengar dari negara negara konservatif muslim. Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya ramai isteri yg tak berdarah pd malam pertama dibunuh atau/dan dibakar oleh suami, abang / bapa mereka kerana dikatakan telah menconteng arang ke muka keluarga. Pada pendapat aku, berdarah / tak berdarah bukanlah satu perkara yg perlu dijadikan isu. Dibawah ni akan aku jelaskan mengapa.
Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dgn selaput dara. Menurut Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004), 1 bagi tiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Dalam erti kata lain, kira - kira 15000 wanita di Malaysia tak mempunyai selaput dara.
Selain itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana aktiviti seks tetapi jg kerana faktor faktor yg lain seperti penggunaan tampon yg kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan, onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan / penderaan fizikal. Atas sebab - sebab ni berdarah / tak bukanlah petunjuk konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks / tidak.
Disamping itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana dirogol. Golongan ni dlm dilema sama ada patut / tak mereka menceritakan tragedi hitam mereka kepada bakal suami. Golongan lelaki diluar sana mungkin beranggapan yg wanita wanita ni harus berterus terang sahaja kepada bakal suami mereka. Namun, kita tak berada di tempat wanita itu dan tak tahu betapa berserabut fikirannya. Jika diberitahu, makin banyak soal si suami hingga membuatkan si isteri terseksa mengenangkan saat dirogol. Ada kemungkinan si suami akan menganggap si isteri hanya membuat - buat alasan untk menutup aib bahawa dirinya dulu seorang bohsia. Ada kemungkinan si suami akan menyalahkan si isteri kononnya terlalu naif, sama dua kali lima menggatal, berpakaian seksi dan sebagainya. Hakikatnya, amat susah sekali suami - suami diluar sana mempercayai pengakuan isteri mereka.
Menurut Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yg disoal selidik mengatakan mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks. Adakah ni bermaksud 57% wanita yg lain itu masih mempunyai dara? Sudah tentu tidak.
Lelaki - lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira jika mengetahui isteri mereka berdarah pd malam pertama. Tetapi pendarahan ni mungkin berlaku disebabkan penyakit seperti cervical dysplasia, gonorrhea, cervical polyps, vaginal yeast infection, uterine polyps, chlamydia, vaginitis, trichomoniasis, endrometritis and fibroid tumors. Jika bukan kerana penyakit mungkin jg kerana kemasukan zakar kedalam vagina secara kasar dan kekurangan pelincir.
Yang peliknya, sesetengah lelaki yg beriya - iya mahukan isteri dara ni belum pasti lagi masih teruna / tak. Entah - entah dah banyak kali beromen dgn anak orang. Janganlah jadi lelaki munafik yg nak isteri islamik, dara tapi perangai sendiri macam sampah.
Berdasarkan faktor - faktor ni tak perlulah lagi kita hebohkan sangat jika perempuan itu berdarah / tidak. Apa yg penting adlh perempuan itu baik, memahami kita dan menyayangi kita sepenuh hati. Jika perempuan itu terbukti pernah tidur dgn banyak lelaki sekalipun tak perlu kita kenang sejarah hidupnya. Apa yg lepas kita biarkan berlalu pergi. Jika wanita itu pelacur sekalipun tetapi benar benar ingin membina keluarga bersama kita jadi terimalah seadanya. Lagipun kita ni pun bukanlah sempurna mana.
source : http://okezone.com, http://hatikeringg.blogspot.com, http://docstoc.com
0 Response to "Kejam ! , Isteri Dibunuh Kerana Tiada Darah Ketika Malam Pertama Pecah Dara !"
Posting Komentar