
Soalan: Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dlm bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dgn puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal? Terima kasih Jawapan: Terima kasih kepada saudara yg bertanya. Jawapannya adlh seperti berikut: Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yg tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal. Persoalan ni terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama. Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tak boleh mencampurkan niat puasa sunat dgn niat puasa fardhu yg lain / dgn puasa sunat yg lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tak sah, sama ada bagi yg fardhu ataupun yg sunat. Pendapat ni bertepatan dgn sabda Nabi SAW: Ù
َÙْ صَاÙ
َ رَÙ
َضَاÙَ Ø«ُÙ
َّ Ø£َتْبَعَÙُ سِتًّا Ù
ِÙْ Ø´َÙَّاÙٍ ÙَاÙَ صَاÙ
َ Ø§ÙØ¯َّÙْر Maksudnya: “Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dgn puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim) Bagi memenuhi maksud hadis ini, dlm usaha memperolehi pahala yg dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dgn puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid - www.islamqa.com] Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yg berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yg diperolehi itu adlh kurang berbanding seorang yg berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261] Setelah diteliti, dpt disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yg membolehkan ‘puasa dua dlm satu’ ni tak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yg sahih. Mereka jg mengatakan bahawa amalan ni hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pd bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dgn solat fardhu (orang yg terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dlm masjid akan mendapat jg pahala sunat tahiyyatul masjid) Timbul persoalan, yg manakah yg lebih afdal untk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dlm Syawal / mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ni terdapat dua pendapat. Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yg menyatakan bahawa: ( ÙَاÙَ ÙَÙُÙÙُ عَÙَÙَّ Ø§ÙØµَّÙْÙ
ُ Ù
ِÙْ رَÙ
َضَاÙَ ، ÙَÙ
َا Ø£َسْتَØ·ِÙØ¹ُ Ø£َÙْ Ø£َÙْضِÙَ Ø¥Ùَّا ÙِÙ Ø´َعْبَاÙَ. ÙØ§Ù ÙØÙÙ:Ø§ÙØ´ØºÙ Ù
٠اÙÙØ¨Ù أ٠باÙÙØ¨Ù ) Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tak mengqadha kecuali dlm bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yg bernama Yahya bin Said.) Para ulama yg mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yg mengqadhakan puasa Ramadan pd bulan Syaaban menunjukkan bahawa adlh dibolehkan untk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan. Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yg menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dgn puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yg dijanjikan. “Jika seseorang tertinggal beberapa hari dlm Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dgn enam hari puasa Syawal, kerana dia tak boleh melanjutkan puasa Ramadan dgn enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/392] Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adlh lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dgn dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yg wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yg sunat. Namun, sekiranya seorang itu tak berkesempatan kerana keuzuran untk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yg pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yg dilakukan oleh Aishah RA. Manakala berkaitan hari-hari yg tertentu pula, dinyatakan bahawa: “Hari-hari ni (berpuasa dlm bulan Syawal) tak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari / lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan / terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yg lebih mudah bagi seseorang. … dan ni (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/391] Imam An-Nawawi RH berkata: “Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ni mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pd awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya / menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ni jg dibolehkan, kerana ia masih berada pd makna umum dari hadis tersebut. Kami tak berbeza pendapat mengenai masalah ni dan inilah jg pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab] Adalah dianjurkan untk menyegerakan dan berlumba-lumba dlm melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala: ÙَسَارِعُÙØ§ Ø¥ِÙَÙ Ù
َغْÙِرَØ©ٍ Ù
ِÙْ رَبِّÙُÙ
ْ ÙَجَÙَّØ©ٍ عَرْضُÙَا Ø§ÙØ³َّÙ
َاÙَاتُ ÙَØ§ÙØ£َرْضُ Ø£ُعِدَّتْ ÙِÙْÙ
ُتَّÙِÙÙَ Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yg baik untk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan untk orang-orang yg bertakwa.” [Surah Ali Imran:133] Wallahu a’lam.
source : http://fb.com, http://youtube.com, http://hatikeringg.blogspot.com
0 Response to "Gabung Puasa Enam Dengan Puasa Ganti Tidak Sah?"
Posting Komentar