
OTTAWA, Kanada - Sekumpulan doktor mengeluarkan sejumlah 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita yg dihinggapi lalat ketika dirawat di sebuah hospital di sini.
Satu laporan jurnal perubatan di Kanada memberitahu, wanita itu yg dirahsiakan identitinya di masukkan ke sebuah hospital kerana sakit.
Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita tersebut dan telah bertelur di rongga hidungnya tanpa disedari oleh pesakit berkenaan.


“Beberapa petugas mendakwa, terlihat seekor lalat terbang di dlm sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari.
“Wad berkenaan tak mempunyai tingkap yg terbuka sekali gus menyebabkan lalat itu tak boleh keluar,” kata laporan berkenaan.
Rakaman video yg memaparkan doktor mengeluarkan ulat berengga dari mata dan hidung wanita itu kini menjadi popular di internet selepas dimuat naik beberapa hari lalu. - Agensi
Sumber :Kucinghappy
0 Response to "Doktor Keluarkan 120 Ulat Dari Mata & Hidung Wanita"
Posting Komentar