
2. Hantu Kereta Remuk
Gambar ni khabarnya diambil secara tak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yg singgah untk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dlm kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dlm kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
lagi gambar HANTU, Klik TAJUK ENTRI ni
3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ni dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.
4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan
Gambar ni menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dlm gambar yg dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yg melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pd 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pd sebatang pokok.
5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal
Gambar ni dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.
6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan
Imej ni sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ni muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ni bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yg berdiri di tepi bahu jalan, pd waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
7. Pocong Di Kawasan Kilang
Gambar ni dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pd mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yg dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada
Gambar ni jg terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yg sepatutnya tak wujud.
9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin
Gambar ni dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tak sengaja dlm sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yg pernah mati dibunuh di bilik yg sama sekitar 90′an. Betul / tidak, Wallahu’alam.
10. Wanita Kebaya Merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ni memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ni jg disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dlm gambar yg diambil oleh seorang lelaki untk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.
0 Response to "10 GAMBAR HANTU YANG DITANGKAP SECARA TIDAK SENGAJA DI MALAYSIA !"
Posting Komentar