This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video)

Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video) | Tindakan dua remaja melarikan sebuah televisyen LCD yg didakwa berlaku di Taman Delima, dekat sini menjadi viral di laman sosial sejak di muat naik, petang semalam.
Baru sahaja dua jam dimuat naik di ruangan sosial, pelayarnya sudah mencecah sehingga 62,161 orang seluruh negara selain dikongsi oleh 660 pengguna media sosial.

Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video)
Video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0:05 minit itu menunjukkan dua remaja didakwa sedang melarikan televisyen terbabit dgn memanjat melalui pagar sebuah rumah.
Kejadian jg menunjukkan ia berlaku siang hari sekali gus membuktikan kegiatan jenayah yg didakwa berlaku secara terang-terangan tanpa disedari orang awam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan akan dijalankan berhubung kejadian.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda termasuk ketika berada di kediaman sendiri.
“Kita jg mengalu-alukan orang ramai yg mempunyai sebarang maklumat jenayah sila tampil beri kerjasama dlm membantu siasatan.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran / talian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di nombor 04-4212222,” katanya.
Video :

Post by Apahell?

source : http://detik.com, http://kompas.com, http://apahell.blogspot.com

0 Response to "Polis Buru Pencuri TV LCD di Kedah (Video)"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *