This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Kisah Dan Pengalaman Memandikan Jenazah MH17

Kisah Dan Pengalaman Memandikan Jenazah MH17

Kisah Dan Pengalaman Memandikan Jenazah MH17- “Assalamualaikum. Siapa pun kamu, apa jua keadaan kamu, kami hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab yg diberi.
“Bantulah kami dlm menyempurnakan jasad kamu sebelum dikebumikan nanti. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.”
Itu antara ucapan, doa dan amalan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaik sahaja menerima mana-mana jenazah pesawat malang MH17 untuk upacara pengurusan jenazah mengikut agama Islam.
Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda, jenazah kemudian melalui lima proses penting.
Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi / dibakar.
Selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.
Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah mayat itu, pasukan JAKIM terdiri daripada pakar bahagian pengurusan jenazah akan dimaklumkan oleh kedutaan Malaysia di Belanda, Malaysian Airlines (MAS) / agensi yg dilantik untuk menguruskan jenazah mengikut agama Islam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM Mohd Ajib Ismail berkata jenazah yg diletakkan di dlm bilik yg ditetapkan rumah mayat itu kemudian akan menjalani proses ‘embalming’ sebelum boleh dimandikan / dikafankan.
“Sekiranya jenazah tersebut lelaki, proses embalming akan dilakukan oleh pekerja lelaki Monuta Innemee.
“Kemudian, kami akan meminta pasukan pemandi jenazah lelaki dan perempuan (bergantung kepada jenazah) untuk bersedia menjalankan tugas dgn kelengkapan pakaian khas dan peralatan memandikan jenazah yg dibawa dari Malaysia.
“Ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan sama ada sesuai / tak untuk memandikan jenazah menggunakan air / sebaliknya berdasarkan kepada keadaan mayat / jenazah yg diterima pd masa itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Seorang pemandi jenazah yg enggan dikenali berkata dlm memudahkan tugas di fasa ini, beliau akan cuba ‘berbual’ ringkas dgn jasad dan ‘buat seperti biasa’ tanpa ingin tahu siapa jenazah tersebut.
Seterusnya, Mohd Ajib yg jg koordinator pasukan JAKIM sepanjang tugasan di Belanda itu berkata jika sesuai dimandikan / boleh menggunakan air / dialirkan air, maka jenazah tersebut akan dimandikan.
Jelasnya, proses seterusnya dilakukan dgn kelengkapan set pemandian / peralatan jenazah seperti kebiasaan yg dilakukan apabila memandikan jenazah Malaysia.
“Proses mandi akan dimulakan oleh ketua pemandi jenazah dgn dibantu oleh semua anggota pasukan berdasarkan pd jantina jenazah. Proses ni mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit berdasarkan kepada keadaan jenazah.
“Jika jenazah tak boleh kena air / dilalukan air dan boleh luput bila terkena air, ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tayamum dan kelengkapan tayamum perlu disediakan di tempat pemandian yg jg dibawa khas dari Malaysia.
“Proses tayamum akan dimulakan berdasarkan jantina jenazah dan proses ni makan masa sekurang-kurangnya 30 minit,” katanya.
Mohd Ajib menambah setelah proses mandi / tayamum selesai, ketua pemandi jenazah akan memulakan proses mengkafan jenazah dgn bantuan anggota pasukan.
Beliau berkata jenazah tersebut akan diangkat ke pangkin bersih di sebelah pangkin mandi yg telah dihamparkan kain kafan berserta kapas dan keperluannya dgn lapisan keduanya, lapisan plastik memandangkan jenazah ni akan dibawa (pulang) jauh sebelum diikuti dgn lapisan kain putih yg lain.
Menurutnya, selepas dikafankan, jenazah akan diangkat ke dlm keranda jenazah oleh kakitangan rumah mayat itu untuk proses selanjutnya sebelum diletakkan ke dlm sebuah bilik khas.
Difahamkan antara proses itu ialah ‘menghias dan mencantikkan keranda’ selain meletakkan bendera Jalur Gemilang.
Sebaik selesai proses tersebut, jenazah kemudian disolatkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abd Manaf Mat yg turut menganggotai pasukan itu sebelum dipersiapkan untuk dihantar pulang.
Sementara itu, Mohd Ajib berkata pasukannya seringkali ditanya sesetengah pihak mengenai bagaimana keadaan fizikal jenazah yg telah lama meninggal itu.
Jelasnya, baik mana-mana jenazah sekalipun, tugas mereka hanyalah menyempurnakan upacara pengurusan jenazah dan tak akan sekali-kali membuka aib / rahsia jenazah.
“Jenazah telah pun pergi. Tidak perlulah diketahui akan keadaan mereka sebaik sahaja kami terima kerana itu tak penting, yg pentingya jenazah selamat disempurnakan.
“Apa yg patut kita semua lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mana-mana jenazah agar tenang di alam seterusnya,” katanya.
Dalam pd itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pd Khamis lepas berkata di Putrajaya bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) esok (2 Sept) dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing.
Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yg melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam dgn sebuah pesawat khas Malaysia Airlines.
Satu lagi jenazah dihantar pulang pd Sabtu lepas manakala tiga jenazah dihantar pulang pd Ahad.
Pesawat Boeing 777-200 yg membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dlm perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pd 17 Julai.
Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.

0 Response to "Kisah Dan Pengalaman Memandikan Jenazah MH17"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *