This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Bayi Lelaki Cukup Sifat Mati Dalam Longkang

Bayi Lelaki Cukup Sifat Mati Dalam Longkang | Kuala Lumpur : Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui di longkang berdekatan sebuah stesen minyak di Taman Wilayah, Jinjang, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mayat bayi berkenaan ditemui pekerja pemotong rumput sebelum memberitahu perkara itu kepada anggota polis rondaan bermotosikal sebelum dimaklumkan ke Balai Polis Jinjang.
Bayi Lelaki Cukup Sifat Mati Dalam Longkang
MAYAT bayi yg masih cukup sifat ditemui pemotong rumput dlm longkang di Jinjang.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan, pegawai penyiasat bergegas ke lokasi berkenaan dan menemui mayat bayi berpakaian lengkap berusia beberapa minggu di dlm longkang.
Katanya, siasatan mendapati bayi lelaki berkenaan masih mempunyai tali pusat.
"Bayi berkenaan berpakaian baju dan seluar warna pink lengkap dgn sarung tangan dan sarung kaki.
"Mayat berkenaan tersangkut pd batu di tengah-tengah longkang dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya.
P/s : Kejamnyaa :'(

0 Response to "Bayi Lelaki Cukup Sifat Mati Dalam Longkang"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *