This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Biodata Nur Dayini Asyiqah Anak Mas Idayu - Politik

Biodata Nur Dayini Asyiqah Anak Mas Idayugbne.blogspot.com - Mas Idayu yg jg yg jg mentor kepada Black dlm rancangan Mentor, sebenarnya mempunyai seorang anak gadis perempuan bernama Nur Dayini Asyiqah. Siapa sangka dlm kemeriahan Mas Idayu bergelek danggut, dia sebenarnya sudah mempunyai anak dara berusia 16 tahun. "Kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam Dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tak sama seperti mak dia yg tegas ni, " katanya menerusi Utusan Online.

"Sejak dulu kami hanya tinggal berdua. Dia memang tak ada kawan, kalau ada pun kawan-kawan di sekolah sahaja. Mana nak ada kawan, saya memang kawal dia. Lagipun kalau di rumah, dia lebih suka mengadap komputer / menonton televisyen. "Setiap hari saya akan hantar dan ambil dia di sekolah. Pernah dulu, saya bagi dia naik bas sekolah tetapi kasihan pula sebab sampai rumah lambat tapi kena keluar awal. Jadi sejak itulah saya yg bertanggungjawab menjadi pemandu untk menghantar dan mengambil anak dari sekolah, " tambah dua beranak ni yg menetap di Shah Alam, Selangor.

Mengenai sekolah anaknya yg begitu jauh daripada rumah, kata Mas Idayu, sebelum ni mereka menetap di Bukit Antarabangsa, jadi tak ada masalah jarak ke sekolah. Cuma dia terus mengekalkan anaknya di sekolah di tengah ibu kota itu kerana pd tahun hadapan anaknya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Kalau nak pindah sekolah pun, sudah pertengahan tahun. Saya kasihan pd dia, kalau tukar sekolah baharu takut Dayini tak dpt sesuaikan dgn persekitaran baharu pula.

"Jadi setakat ni biarlah saya berkorban untk anak dgn menjadi pemandu tiap hari. Andai kata saya bertugas di luar daerah, dia akan tinggal dgn papanya di Damansara dan papanya akan hantar dia ke sekolah, " katanya. Untuk info, anak Mas Idayu kini sedang belajar piano dan dia jg berbakat dlm bidang nyanyian. "Saya memang sengaja hantar dia belajar bermain piano sebab subjek itu membantunya untk berfikir pantas dlm mata pelajaran Matematik.

Dia memang boleh menyanyi dan selalunya kalau ada apa-apa acara kesenian, cikgu akan pilihnya. "Apapun setakat ini, saya mahu dia beri tumpuan pd pelajaran dulu. Saya tak halang dan tak menggalakkan. Biar dia buat keputusan sendiri. Kalau betul dia nak nyanyi, saya akan beri tunjuk ajar seperti mana saya mengajar budak-budak lain, " jelasnya.

other source : http://hipwee.com, http://merdeka.com, http://tokohpenemu.blogspot.com

0 Response to "Biodata Nur Dayini Asyiqah Anak Mas Idayu - Politik"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *