gbne.blogspot.com - PORT DICKSON - Susulan tersebarnya kes seorang wanita ditetak oleh suami dan rakannya, ramai yg membuat andaian bahawa mangsa yg menjadi punca masalah menyebabkan suaminya tergamak bertindak demikian.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Tampil seorang saksi, Jay Alagan, yg mengakui mengenali mangsa dan keluarga menafikan dakwaan itu dan mendedahkan perkara yg sebenarnya.
"Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala, " katanya.
Menurut Jay, suami kepada mangsa tak berpuas hati dgn tindakan mangsa yg menuntut cerai darinya.
"Suami dia tak puas hati apabila dia meminta untk diceraikan. Lelaki ni jg pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yg menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.
Terancam dgn tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah sebanyak 5 laporan polis dibuat ke atas lelaki ini. Namun, polis tak pernah mengambil apa-apa ke atas lelaki itu dgn alasan bukti tak mencukupi.
"Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak?" kata Jay yg kecewa pd polis yg didakwanya gagal bertindak cepat.
Bagaimanapun, dia tak berniat mahu menyalahkan polis. Dalam pd masa yg sama, Jay turut meminta rakan-rakannya agar tak menyebarkan sebarang spekulasi yg mengatakan mangsa yg mencetuskan masalah sehingga lelaki itu berani mencederakannya.
"Ada segelintir pengguna di media sosial yg membuat tuduhan liar yg cuba memburukkan mangsa. Tetapi, tolonglah semua, jangan buat cerita yg bukan-bukan. Saya sudah mengenali wanita ni semenjak dia berumur 5 tahun, " katanya yg turut meminta agar rakyat Malaysia mendoakan mangsa yg akan menjalani pembedahan hari ni cepat sembuh dan selamat. -
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas
other source : http://isukakipanas.blogspot.com, http://slideshare.net, http://news.detik.com
0 Response to "Punca Sebenar Wanita Ditetak Suami & Rakannya Sendiri di Port Dickson"
Posting Komentar