Sebelum kamu baca lebih lanjut, baca dulu tulisanOlder Postjuga
Penulis eeyda fuadKategori novel
Dua hari berada di rumah dia di serang bersalah yg amat sangat.zairul langsung tak mahu memandang wajahnya apatah lagi mahu bersakap dengannya.hatinya rasa sakit,seperti kehilangan!
Semalaman dia menangis keseoranganwalaupun kasih mama,papa dan mak timah tetap hangat seperti dulu namun dia tetap rasa ada satu kelainan.dia rindukan suara zairul yg sentiasa mengusiknya,dia rindukan panahan mata zairul yg selalu memandangnya dgn pandangan kasih.dia rindukan wajah yg selalu tersenyum padanya.dia rindukan segala-galanya tentang lelaki itu!tuhan,perasaan apa yg telah kau suburkan dalam diri aku?adakah ini cinta....jika ini cinta,layakkah aku untuk berdampingan dgn insan sehebat zairul?aku Cuma insan biasa yg hanya ada sejarah silam yg terlalu menyakitkan.semakin difikirkan,semakin pedih dirasakan.terlalu sakit...sakit yg dirasa tak sama dgn sakit yg dirasakan sewaktu Mak Ngah memukulnya tanpa sebab,juga tak sakit seperti teringat bagaimana orang kampung memulaunya.sakit yg dirasa bersama satu perasaan halus,ada bahagia yg mengalir....ada juga sendu yg ditahan.
"jauh Dina mengelamun,dah teringat kat kampus?"lembut pertanyaan Datin Umaira terhadapnya.dia cuba mengukir senyum walau nampak dalam keterpaksaan.
"aah...teingat pd assigment yg belum siap."dia cuba berdalih.bimbang untuk meluahkan perkara sebenar.
"kalau Dina ingatkan assigment ,mama tak kisah tapi mama marah kalau Dina termenung begini kerana lelaki"Irdiana terkesima.mama dapat membaca fikiran aku kah?
"mama tak mahu Dina terikat dgn mana-mana lelaki buat waktu sekarang.mama mahu Dina habiskan pengajian Dina dan kalau boleh mama mahu Dina sambung ke peringkat Ijazah.mama mahu dina berjaya,jika dah dapat segulung ijazah,mama tak kisah kalau Dina nak bercinta dan kahwin.ingat pesan mama,tidak ada cinta sebelum Dina dapatkan Ijazah"mama mengenggam tangannya erat.dia hanya mampu mengangguk.tubuh itu dirangkul perlahan.seketika,telinganya dapat menangkap satu suara yg dirinduinya sedang menegur Mak Timah yg sedang membawa minuman kepadanya dan mama.
"lamanya Rul keluar.Dating?"Datin Umaira tersenyum sambil mengusik anak terunanya itu.Wajah zairul kelihatan amat tegang.
"mama memang tak ada soalan lain kan?nampak je muka Rul,mesti tak ada topik lain.Rul bosan!"Irdiana dan Datin Umaira sama-sama terkejut.irdiana dapat merasakan amarah yg zairul tunjukkan adalah untuknya dan bukan kepada mama.
"mama Cuma......"
"Rul akan khawin mama!akan khawin tapi bukan sekarang....please ma..."zairul melangkah ke tingkap atas.terdengar pintu bilik telah dihempas dgn kuat.sekali lagi hati irdiana disayat pilu.
"Dina boleh tolong mama?"Datin Umaira memandang wajah Dina yg nampak masih lagi terkejut dgn kelakuan zairul sebentar tadi.Datin Umaira bersikap tenang,dia sudah masak dgn kelakuan zairul yg agak panas baran dan tak suak hal peribadinyadicampuri.Dia tak pernah berkecil hati kerana dia tahu zairul juga masih mempunyai sekeping hati yg baik dan kaya dgn sikap penyayang.
"Tolong apa mama?"
"Tolong pujuk abang...."
"pujuk?"
"pujuk abang untuk berkhawin"irdiana terpempan!
Panahan mata mama membuatkannya terasa sanagat takut.Iya,takut pd satu kehilangan!
..................................................................................................................................................
source : http://lukiluck11.blogspot.com, http://bbc.co.uk, http://cnn.com
0 Response to "cinta dalam hati"
Posting Komentar