Lelaki Tua ni Cipta Pil Buat Kentut Berbau Ros dan Coklat (3 Gambar) | Baca tajuk lawak kan? Tetapi itulah realitinya. Kentut seringkali menjadi perkara yg memalukan jika berlaku apabila seseorang sedang berada di dlm bilik tertutup bersama orang lain. Pernah mengalami kejadian semacam itulah yg membuat Christian Poincheval kemudian mencipta pil yg mampu melancarkan pencernaan dan membuat kentut berbau wangi seperti coklat / bunga ros.
Seperti disiarkan oleh Mirror, 26 November 2014, idea itu pertama kali datang di kotak pemikiran Christian saat menghadiri acara makan malam bersama rakan-rakannya. Saat itu beberapa orang teman tanpa sengaja kentut dan aromanya yg tak sedap membuat suasana menjadi tegang.
"Kami berada di meja dgn rakan-rakan dan selepas makan malam, kentut kami begitu berbau membuat kami hampir tercekik. Aroma yg sangat tak menyenangkan bagi kami dan pengunjung yg lain, kerana itu sesuatu perlu dilakukan. "Tulis Christian di laman webnya pilulepet.com.
Christian membuat pil dari bahan organik berupa arang campuran sayur-sayuran, bunga, lithothamne (rumput laut), propolis (resin tumbuhan) dan blueberry. Kemudian ia mula memasarkan produknya tersebut melalui laman webnya secara online pd tahun 2006.
Pil yg ia jual menawarkan manfaat selain aroma kentut yg enak, iaitu sebagai ubat untuk mengurangkan kembung dan mengurangkan jumlah gas di pencernaan. Awalnya ia mencipta pil dgn aroma ros. Namun untuk menyambut Krismas tahun ni Christian mencipta pil aroma coklat.
"Ini hadiah yg bagus untuk Krismas" kata Christian.
Christian mengaku penjualan pil ciptaannya itu tergolong cukup baik. "Beberapa pembeli mengatakan mereka mempunyai masalah dgn perut kembung dan beberapa membelinya sebagai jenaka untuk menghantar kepada rakan-rakan mereka."
source : http://viva.co.id, http://cnn.com, http://apahell.blogspot.com
0 Response to "Lelaki Tua ini Cipta Pil Buat Kentut Berbau Ros dan Coklat (3 Gambar)"
Posting Komentar