Mesej Yana Samsudin Kepada Peminat Che Ta Yang Mengejutkan | Jarang rasanya selebriti tempatan menulis sesuatu yg bagus untuk tatapan kita semua. Seperti yg kita semua sedia maklum, kelahiran anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru-baru ini telah menimbulkan fenomena yg tersendiri. Ramai yg mengkagumi kecomelan puteri Che Ta itu. Malah ramai yg membuat perbandingan antara anak Che Ta dan anak mereka sendiri, anak Che Ta dan Lara Alana serta macam-macam perbandingan lagilah.
Secara jujur admin agak kecewa dgn perbandingan-perbandingan yg dilakukan. Setiap anak ada kecomelannya tersendiri. Tak ke sedih hati ibu dan ayah apabila anak kita dikatakan kurang comel berbanding anak orang lain. Jadi apabila membaca nasihat Yana Samsudin yg ditulis di Facebooknya, admin terasa ingin berkongsi untuk tatapan kita semua.

Sangat bagus nasihat Yana Samsudin ini. Sebagai manusia kadangkala kita over excited sehingga menulis sesuatu yg akan melukakan hati orang terdekat. Yang penting kita harus bersyukur dgn kurniaan olehNya. Kita juga harus belajar gembira untuk orang lain tanpa buat perbandingan. Tahniah Yana kerana nasihat yg amat padu. Sama-samalah kita ambil pengajaran.
source : http://detik.com, http://liputan6.com, http://kongsi2ceritaonline.blogspot.com
0 Response to "Mesej Yana Samsudin Kepada Peminat Che Ta Yang Mengejutkan"
Posting Komentar