This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

SEJARAH KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG , MIRI

gbne.blogspot.com - Sumber: http://znr.tripod.com/sejarah.htm

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri merupakan salah sebuah sekolah yg terkenal di negeri Sarawak .Ia dikenali bukan sahaja kerana usianya yg telah melebihi suku abad tetapi jg kerana pernah menjadi tempat menimba ilmu sebahagian dari orang-orang yg telah mencipta nama baik dlm bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Dengan kedudukannya yg agak istimewa iaitu di hujung sebuah tanjung(Tanjung Lobang), kira-kira 5km dari bandar Miri, amat sesuai sebagai sebuah tempat yg tenang dari hiruk pikuk kota bagi orang yg dahagakan ilmu.

Sejarah awalnya bermula pd tahun 1956 apabila kerajaan bercadang untk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan di Sarawak. Ekoran dari hasrat tersebut, pd tahun 1957 kerajaan telah menubuhkan sekolah kerajaan yg pertama di Miri iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Miri(GovernmentSecondary School). Di peringkat awal sekolah ni mempunyai 6 orang tenaga akademik dan 87 orang penuntut yg terdiri dari berbilang kaum di Bahagian Keempat dan Kelima, Kelas Peralihan bagi penuntut-penuntut aliran Bahasa Cina yg tamat Darjah VI, Tingkatan Empat dan kelas untk guru-guru pelatih.

Tapak sementara sekolah ni ialah kawasan bandar Miri. Dalam tahun 1959, ia berpindah ke tapak barunya di Tanjung Lobang. Usaha memindahkan sekolah baru ni ke tapak yg ada sekarang adlh atas inisiatif Pegawai Pelajaran Bahagian Keempat dan Kelima waktu itu, Encik Robert Nicholl.

Ekoran dari pemindahan ke Tanjung Lobang , sekolah itu dikenali dgn nama Sekolah Menengah Tanjung Lobang ( Tanjung Lobang School ). Biaya pembinaan sekolah di tapak barunya adlh dari kerajaan New Zealand di bawah Skim Bantuan Rancangan Colombo.

Selaras dgn pembangunan di Sarawak, Kolej ni turut jg berkembang dgn pesatnya. Kalau di peringkat awalnya ia hanya menempatkan penuntut-penuntut sekolah rendah pedalaman tetapi dlm tahan 1957, ia dikhususkan untk Tingkatan Empat sahaja.

Sejak 1963 kelas Tingkatan Enam telah dimulakan. Jumlah penuntut Tingkatan Enam bertambah sabab tahun dan dlm tahaun 1968 jumlah itu melebihi jumlah penuntut-penuntut Tingkatan Empat. Pihak kerajaan mendapati bahawa sudah tiba masanya untk menjadikan sekolah tersebut sebagai institusi palajaran tinggi yg menempatkan Tingkatan Enam sahaja. Selaras dgn cita-cita itu, pd 6hb Mei 1969, Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sarawak , Dato Penghulu Tawi Sli merasmikan penganugerahan taraf Sekolah Menengah Tanjung Lobang kepada taraf Sekolah Menengah Tanjung Lobang kepada taraf kolej. Sejak itu bermulalah era baru dlm sejarah Kolej dgn nama barunya , Kolej ni ditukar menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang.

Lawatan Tuan Yang terutama Gabenor sarawak, Tun Datu Tuanku Hj . Bujang pd tahun 1971 telah mengubah nama Kolej ini. Sempena lawatan tersebut nama kolej ni ditukar menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang.

Tahun demi tahun kolej ni terus berkembang. Selaras dgn dasar Pelajaran Kebangsaan, ia memperkenalkan kelas aliran Bahasa Malaysia pd tahun 1980. Tahun 1982 aliran Bahasa Malaysia Tingkatan Enam Sastera diperkenalkan . pd tahun 1984 kolej ni menawarkan tempat untk penuntut-penuntut terpilih dari Peperiksaan penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1986 pula satu projek baru iaitu Lukisan Teknikal telah diperkenalkan untk Tingkatan Enam Sains. Dengan bilangan pelajar yg ramai iaitu dari Tingkatan satu hingga Enam Atas, bilangan tenaga pengajar turut bertambah. Mereka terdiri dari guru-guru terlatih. Sebilangan dari mereka adlh bekas pelajar kolej ni sendiri.

Kini kolej terseragam gagah dgn kelengkapan dan bangunannya yg indah. Lebih dari itu , kolej telah berjaya membuktikan keupayaannya menghasilkan penuntut-penuntut yg cemerlang di bidang akademik apabila berkali-kali mencapai kelulusan 100 peratus dlm Peperiksaan SRP dan SPMnya. Walaupun keputusan Peperiksaan STPMnya tak mencapai 100 peratus nemun pencapaiannya masih boleh dibanggakan.

Jelaslah, kolej tak menghampakan harapan masyarakat dan negara. Kolej kini bangga dgn jolokan 'peneroka akademik di Sarawak'.

Dipetik 21.8.2010

Bahan ni dipetik sebagai rujukan awal dan pengesahan daripada pihak kolej diperlukan sekiranya ada perubahan dan perolehan data baru.

Saiee Driss

other source : http://instagram.com, http://google.com, http://biografisarawak.blogspot.com

0 Response to "SEJARAH KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG , MIRI"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *