This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Lelaki Dikompaun Rmm500 oleh Mppd Kerana Bagi Kucing Makan

Lelaki Dikompaun Rmm500 oleh Mppd Kerana Bagi Kucing Makan
gbne.blogspot.com - Gara-gara memberi kucing makan di sebuah premis di sebuah pusat membeli belah, seorang lelaki dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan atas sebab yg tak munasabah.
Lelaki terbabit tak menyangka, tindakan 'perikemanusiaan' nya itu akan mengundang kompaun berjumlah RM500 dari pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Dalam kejadian yg berlaku di Oceanic Mall, Port Dickson itu semalam, lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan di atas Undang-Undang yg berkaitan dgn undang-undang kecil pengendalian makanan MPPD 2010.
Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Nurhidayah binti Mohamad dan disaksikan oleh Mohamad Hersyam. Lelaki itu diberi tempoh 7 hari untk menjelaskan bayaran kompaun dari tarikh yg dikeluarkan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit akan cuba membuat rayuan pd MPPD agar jumlah kompaun dpt dikurangkan.
Berikut luahan hati mangsa kompaun di bawah:
"Pasal bagi makan kucing dlm kedai, mendapat aku kompaun RM500. Takpe kucing, jangan risau. Makanan korang tak kena catu. Rezeki Allah yg bagi. Cuba esok pergi buat rayuan berapa dpt kurang. Mana tahu doa kalian semua dia (MPPD) boleh bagi free je."
Lelaki Dikompaun Rmm500 oleh Mppd Kerana Bagi Kucing Makan
Lelaki Dikompaun Rmm500 oleh Mppd Kerana Bagi Kucing Makan
Bagi kami, ni adlh satu tindakan yg tak berperikemanusiaan dari pegawai MPPD. Berlambak lagi kesalahan orang diluar sana tetapi hanya kerana lelaki ni memberikan makanan kepada kucing, pihak MPPD terus mengenakan kompaun? Nyata MPPD tak berhati perut. Sudah hilang agaknya sifat kemanusiaan dlm MPPD agaknya. - My Media Hub

0 Response to "Lelaki Dikompaun Rmm500 oleh Mppd Kerana Bagi Kucing Makan"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *