This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa?

Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa?

Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa? | Sebagai majikan, saya selalu jg berhadapan dgn calon-calon pekerja yg keluar universiti dgn CGPA yg tinggi. Tak dinafikan saya melihat perkara itu jg sebagai ukuran pertama pemilihan pekerja. Bermakna mereka punyai konsistensi. Tapi mereka jarang tahan lama / mudahnya bijak melakukan sesuatu di luar dari buku kerana mereka ni biasanya ULAT BUKU.

Yang tahan lama bekerja ialah mereka yg CGPA segan-segan dgn keputusan UPSR yg memang kalau kita tengok pun kita ludah tepi lah. Tapi tak semua begitu, ada beberapa orang staff saya jg CGPA tinggi dan komited jg konsisten.
Ingat dulu kalau mak ayah letakkan mainan kita atas para paling atas. Oleh kerana kita sukakan mainan itu, kita berusaha untuk CARI AKAL macammana mainan itu boleh kita bawa turun semula. Memanglah itu nakal tetapi kenakalan jg perlukan kita jadi BIJAK.
Ramai jg BIJAK PANDAI berakhir di dlm penjara dan lokap balai kerana bijak itu disalur kepada nak mendapatkan perkara yg tak baik. Cuba kenakalan yg berminyakkan kebijakan itu disalur kepada mencipta teknologi berbanding mencipta cara menyamun bank.
Akademik hanya mampu mengajar untuk menjadi pandai tetapi bukan bijak. Kerana bijak, kelasnya ialah ALAM dan bukan BILIK DARJAH.
Anak-anak saya bersama kelompok anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) tak tergesa-gesa nak belajar untuk ambil exam UPSR. Mereka didedahkan kepada alam dgn pantauan. Di situ nanti mereka akan mula menggunakan akal mereka. Bawa sahaja ke kebun kambing dan beri task kepada mereka bagaimana nak tangkap seekor kambing yg kita mahukan.

Jika dikejar di padang ragut, mesti lari lintang pukang kambing tu. Mereka akhirnya mencari akal dan akhirnya berjaya menangkap seekor kambing tanpa mengotorkan baju. Itu salah satu contoh.
Di bilik darjah, cikgu ajar cara nak tangkap kambing tapi tak pernah merasakan sendiri menangkap kambing. Bila teori menangkap kambing itu dibawa kepada perlaksanaan, mereka mungkin KURANG BIJAK jika situasi berubah.
Tempohari kami di RPWP ada buat hawker night. Anak-anak semuanya dari umur 6 tahun sampai 15 tahun terlibat. Mereka menjalankan perniagaan makanan dgn 4 buah gerai dgn 4 jenis makanan berlainan. Ada yg ambil order, ada yg memasak, ada yg mengira, ada yg membersih, ada yg menghias dan macam-macam lagi.
Hanya 3 jam sahaja program PRIHATIN HAWKER itu tetapi dlm tempoh sedikit itu, anak-anak ni belajar...
1. Membuat bajet
2. Tawar menawar barang mentah di pasar basah
3. Membuat pengiraan kalori dan pengaturan diet
4. Memasak
5. Pengiraan operasi matematik
6. Perniagaan
7. Akaun
8. Kebersihan dan banyak lagi.


Kita jangan lupa, SEKOLAH kepada Nabi Muhammad SAW antaranya "Mengembala Kambing" sebab itu nabi saw mampu memimpin kepala-kepala batu yg degil nauzubillah di Mekah dahulu kerana kalau ingatkan kambing, memang masyaAllah degilnya kambing-kambing ni.

Sekolah nabi lagi bila baginda ikut berniaga bersama atuknya sampai ke peringkat antarabangsa. Saya tak ingat ke MRSM / SBP mana Nabi masuk dulu (ini Sarcastik...maaf kena tulis pasal selalu ada yg sengal tak memahami maksud subliminal) dan nombor berapa Nabi dpt dlm kelas.
Hari ni kita masih ingat lagi jenama kasut yg kita pakai semasa darjah satu tetapi kita lupa apa nama-nama mikroorganisma dlm bab Mikro Biologi dlm buku Bio tingkatan 4 dahulu. Mengapa? Kerana BELAJAR dan MENGALAMI sendiri sangat jauh bezanya.
Jangan tension kalau anak nakal. Dia nakal tu kerana bijak, cuma jangan didik nakal itu ke arah yg tak baik. Giring kenakalan itu untuk menjadi manusia hebat. Jika mereka buat masalah dlm sekolah itu tanda mereka bosan dgn sekolah yg pd mereka untuk budak-budak nerd yg butang baju sampai ke leher sambil rambut sikat tepi berkilat Tancho.

Jika dibiarkan, mereka ni akan jadi ganster sekolah. Jika itu terjadi kepada anda jangan segan berhenti kerja dan jadi cikgu kepada anak nakal itu sendiri untuk kita pastikan kenakalan dan kebijaksanaan itu menuju ke arah kanan dan bukan kiri.

source : http://instagram.com, http://apahell.blogspot.com, http://lintas.me

0 Response to "Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa?"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *